Cikgu Axie Cikgu Axie: Topik 5: Membina dan menggunakan tapak, laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.

Friday, August 24, 2012

Topik 5: Membina dan menggunakan tapak, laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.

1- Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir untuk mencari bahan yang sesuai . Menurut Rosaidi et.al terdapat 3 soalan yang perlu diberi perhatian dan penekanan dalam penilaian pembelajaran berasaskan web iaitu:

- Adakah ianya mematuhi ciri-ciri bahan pembelajaran berpusatkan komputer?
- Adakah screen design issues telah diambil kira?
- Adakah kaedah penyampaian bahan pembelajaran berasaskan web berkesan?

2- Educational learning management system ( ELMAS). ELMAS ialah satu perisian sistem pengurusan pembelajaran berasaskan web untuk latihan perguruan..

3- Prosuder pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan ini.

Langkah pertama : anda hendaklah mendapatkan tapak untuk membina laman contohnya, Tripod, homepages dan geocities.

Langkah kedua: Setelah memperolehi tapak laman anda perlu tutorial HTML bagi membuat laman dengan menggunakan tag HTML contohnya An Introduction to HTML. Terdapat juga perisian HTML bagi kegunaan membina laman terdapat di pasaran contohnya Hot Dog, Web Design Group dan Gomer HTML Editor. Terdapat juga beberapa cara yang paling mudah dan ringkas untuk membina laman contohnya Create A Homepage , Make Your Own Homepage dan Templates for Homepages.

Langkah ketiga: warna adalah satu keperluan dan yang pasti warna adalah pemancar ilham kepada para pengunjung untuk menikmati alam anda. contohya 216 color square , background colours dan color center.

Langkah keempat: laman anda memerlukan beberapa sisipan tambahan seperti CGI dan Java Scripts Counter dan sebagainya. Sebagai contoh cut-n- paste java script.

Langkah kelima: tidak lengkap jika laman dibina tidak dimasukkan latar belakang contohnya the background generator 2.0. Memasukkan lagu memberi mood kepada laman anda apabila dikunjungi contohnya mike peterson's MIDI page.

Langkah keenam: Apabila anda berjaya menyiapkan laman langkah seterusnya anda lakukan ialah mengiklankan laman ke semua enjin contohnya add it, add me dan lycos:add a site




No comments:

Post a Comment