Cikgu Axie Cikgu Axie: Topik 4: Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu

Friday, August 24, 2012

Topik 4: Pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu

1- Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:

- memilih bahan bidang ilmu lain
-memilih bahan sastera
-memilih bahan tatabahasa

Sebelum memilih bahan pengajaran di atas perlu mengambil kira aspek-aspek pemilihan iaitu:

 - Ketepatan ( Accuracy) merujuk kepada tarikh, fakta dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber itu sama ada ditulis dengan betul atau tidak.
 - Sokongan (support) kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber itu.
 -Kewibawaan dinilai menerusi kewibaan penulis laman web berkenaan.
 - Kewajaran ( reasonableness) merujuk kepada sama ada ia menggambarkan keadilan, penyataan pendapat yang seimbang sederhana serta ketekalan maklumat yang dipaparkan.

2- Memilih bahan sastera yang berkaitan dengan kesusasteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding yang lain.Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti syair pantun gurindam puisi seloka cerpen cerita pendek. Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusasteraan. Menurut Hashim Awang unsur- unsur yang terdapat dalam kesusasteraan adalah seperti intelek emosi imaginasi dan teknik.

3- Pemilihan tatabahasa
*Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pembelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis- jenis tatabahasa: kata nama. kata kerja, kata sendi nama, kata hubung , kata tugas dan kata nama khas.

4- Memilih bahana bidang ilmu lain. Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama , sains, ilmu geografi , matematik dan sejarah.

5- Faktor-faktor yang menyebabkan perlunya pemilihan dan penilaian. Menurut Neil ( 1999) terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mengapa penilaian dan pemilihan bahan sumber dalam internet perlu dilakukan antaranya ialah:
* Jumlah bahan yang banyak memerlukan seseorang guru memilih mana-mana bahan sumber yang sesuai dengan mata pelajaran yang diajar.
* Tidak memerlukan pengesahan
*Kebebasan menerbitkan bahan sumber internet

6- Langkah memilih bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu
- maklumat tentang bahan sumber
- menggunakan enjin pencari bahan yang pelbagai
- pencarian menggunakan portal yang sesuai
- menanda URL dan memasukkannya ke dalam folder yang berasingan
- lihat semula URL untuk melakukan penilaian
- menilai menggunakan laman web portal yang dikategorikan
- menilai menerusi reviu yang telah dibuat oleh orang lain.
- menggugurkan URL yang telah tidak sesuai
- menyimpan sebagai bookmark untuk digunakan oleh murid
- memaparkan bahan sumber


No comments:

Post a Comment