Cikgu Axie Cikgu Axie: Topik 6: Membina dan mengaplikasikan struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran ddan pembelajaran bahasa melayu

Friday, August 24, 2012

Topik 6: Membina dan mengaplikasikan struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran ddan pembelajaran bahasa melayu

1- Terdapat 4 jenis struktur perpautan iaitu : struktur hierarki, komposit, linear dan rangkaian.

#- Struktur hierarki. Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama yang berkaitan dengan pelajaran. Setiap topik utama boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil. Peranana guru menyediakan satu laman utama yang didalamnya mempunyai beberapa pautan yang boleh membantu murid- murid. Peranan murid perlu melayari laman induk terlebih dahulu untuk melihat struktur pautan yang berkaitan. Kesimpulannya murid dapat menggunakan satu laman web yang akan menghubungkan mereka kepada perkara- perkara yang berkaitan dengan tajuk utama mereka.

#- Sruktur komposit. Satu laman utma dengan laman utama mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.Setiap laman yang diakses akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.

#- Struktur linear. Bahan 1,2 dan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan. Murid memulakan pencarian di laman 1 kemudian mencari di laman 2 dan seterusnya. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.

#- Struktur rangkaian. Menyediakan pautan atau hubungan antara setiap topik utama. Setiap laman web mempunyai pautan antara satu sama lain. Dengan mengklik sesuatu paparan itu akan diperolehi dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper pautan.



No comments:

Post a Comment